Sunday, October 7, 2012

Aku dan Ceritaku..

Ulang Tahun Perkahwinan
Genap sudah setahun usia rumahtanggaku..
terasa baru sahaja hari pernikahan itu berlalu..
masih segar lagi rasa cinta antara kami, maklum je lah bercinta lepas kawin..
bilik kami masih lagi berhias seperti hari kenduri kecuali cadar..
sengaja ku hiaskan sebegitu bagi menghangatkan lagi hubungan dan malam2 kami bersama..
suamiku juga yang suka bilik kami dihias sebegitu..
aku masih lagi tinggal bersama mertua.. malas rasa nk sewa luar memandangkan kami dalam proses membina teratak buruk kami di tanah sebelah rumah mertua yang terbiar kosong.

Cahaya mata?
Kami masih lg berusaha untuk mendapatkan zuriat..
sedih rasanya apabila diriku di banding2kan dengan adik iparku yang bakal menimang anak tahun depan..Sepupu sebelah suamiku yang berkahwin awal tahun ni pun dah mengandung.. adik beradik lain sibuk tanya aku bila lagi? kalau aku boleh buat keputusan bila aku blh mgandung, dah lama aku buat, masalahnya aku xda kuasa itu hanya Allah yang yang berkuasa menentukannya..
selalu kupujuk hati ini agar sentiasa senyum dan terima sahaja semuannya..
kadangkala kuluah juga perasaan ini, sesungguhnya hanya orang yang menerima nasib yang sama dengan ku sahaja yang memahami isi hati ini..

Kau Yang Satu
PadaMu Allah ku berserah apa yang terbaik buat diriku dan suamiku kerana ku pasti setiap dugaan ini ada ganjaran yang lebih besar buat orang yang bersabar..

Usaha
setiap usaha yang ku lakukan pasti ada ganjarannya, walaupun berbagai kaedah kucuba, kutetap gigih mencari kaedah lain yang mungkin berkesan suatu hari nanti.. 

No comments:

Post a Comment